BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 28, 2009

Tugasan Kelas: Nota: Rekabentuk Kajian Tindakan


Model: McKernan 1996


Model: Kemmis & McTaggart 1988


Model: Elliot 1991



Model: Ebbutt 1985


Konsep kajian tindakan

Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.

Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan

Guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pengajarannya atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah. Dengan membuat kajian tindakan, guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru kerana melalui kajian untuk memperbaiki diri akan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan mereka.

Pengertian Tentang Kajian Tindakan

Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.
Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.

Model-model Kajian Tindakan
Model 1: Kemmis's action research spiral
Kemmis’s action research spiral– model ini dikatakan terlalu ringkas dan boleh menimbulkan tanggapan bahawa proses kajian tindakan adalah sesuatu yang mudah dan jelas.

Model 2: Elliott's action research model
Elliott’s action research model – lebih mendalam berbanding model Kemmis serta menunjukkan proses yang terlibat adalah lebih sukar dan ‘reconnaissance’ (tinjauan awal untuk mendapat idea umum) perlu sentiasa dilakukan.

Model 3: Ebbutt's model
Ebbutt’s model – proses kajian tindakan adalah kitaran berturutan di mana maklumbalas boleh berlaku di dalam dan di antara kitaran tersebut

Model 4: McKernan's action research model
McKernan’s action research model – memperkenalkan model ‘proses masa’ yang menyarankan agar ‘masalah’ kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa.

0 comments: