Tajuk: The Reflective Educator's Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to learn Through Practioner Inquiry
Penulis: Nancy Fitchman Dana and Diane Yendol-Hopey
APA ITU KAJIAN TINDAKAN?
kajian tindakan menurut buku ini adalah satu kajian yang dijalankan oleh guru sebagai alat/medium yang yang mana digunakan untuk membincangkan satu perubahan atu penambahbaikan mengenai pendidikan dan juga berkaitan profesion perguruan itu sendiri.
Di dalam buku ini juga seorang teacher researcher, Joan Thate (2007) mendedahkan bahawa kajian tindakan adalah menyeronokkan kerana ia membenarkan kita mencuba sendiri sesuatu idea baru di dalam dunia sebenar, pada waktu tersebut ia menggambarkan kesahihan kajian yang telah pun kita lakukan.
Guru yang menjalankan kajian tindakan adalah berbeza dengan guru yang tidak melakukan kajian kerana guru sebagai pengkaji akan sentiasa memerhati dan memikirkan idea untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna untuk pelajar-pelajar mereka. Guru pengkaji juga akan sentiasa peka terhadap setiap perkara yang berlaku sama ada kepada pelajar ataupun persekitaran mereka malah guru-guru ini akan mencari penyelesaian sendiri terhadap permasalahan yang ditemui dan melibatkan kaedah yang berterusan melibatkan refleksi dan tindakan.
MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
Guru pengkaji adalah guru yang mencari masalah dan juga pada masa yang sama mencari sendiri jawapan kepada permasalahan tersebut.
Penulis menceritakan guru pelatih merasakan kesukaran ("felt-difficulties") sewaktu mula-mula mengajar dan juga sewaktu ingin melakukan kajian tindakan.
Hasil daripada kutipan data daripada 100 inkuiri oleh guru, beliau menyatakan bahawa kajian tindakan dijalankan dengan 8 sebab.
- keinginan seseorang guru untuk membantu seorang individu kanak-kanak
- keinginan untuk meningkatkan atau mengayakan kurikulum
- ingin menumpukan dan membantu perkembangan isi pengetahuan pelajar
- keinginan guru untuk mencuba strategi dan teknik pengajaran
- kesungguhan guru untuk meneroka perkaitan antara kepercayaan sendiri dan latihan di dalam kelas (praktikal)
- perbezaan antara peribadi dan profesional keguruan
- menyokong keadilan sosial- guru membantu pelajar dengan mempengaruhi perubahan positif kepada diri pelajar
- kesungguhan guru membantu pelajar dengan memberi tumpuan kepada konteks pengajaran dan pembelajaran
1. Apabila guru perlu menyelesaikan masalah melibatkan isu dan masalah pendidikan
2. Apabila seseorang guru ingin menguji teknik dan strategi pengajaran
3. Apabila guru ingin mengenalpasti masalah yang terdapat dalam institusi sekolah
4. Apabila guru ingin melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu pendekatan atau teknik
5. Apabila guru ingin melakukan kajian tindakan (melibatkan diri dalam penyelidikan)
DIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
Buku ini adalah hasil inkuiri daripada 100 orang guru maka kajian dijalankan sepenuhnya di sekolah (dalam bilik darjah) sama ada sekolah tadika, rendah dan juga sekolah menengah.
BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DIJALANKAN?
Menceritakan kaedah kolaborasi iaitu melibatkan lebih daripada satu orang guru (penyelidik) untuk menjalankan satu kajian tindakan. Terdapat 4 struktur kolaborasi yang dinyatakan iaitu:
- Penyelidikan (inkuiri) secara perkongsian
- Penyelidikan selari
- Penyelidikan secara persilangan
- Penyelidikan menggunakan sokongan
- catatan lapangan- skrip, mencatat setiap aktiviti pelajar( cth: setiap 2 minit), merekod setiap soalan yang ditanya (pada kertas)
- dokumen/ artifak/ aktiviti pelajar- semua yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh guru cth: manual pengajaran, kerja rumah pelajar, maklumat pelajar dsb.
- temuramah
- kumpulan pelajar- aktiviti dan idea
- gambar digital
- video
- web blogs
- jurnal reflektif
- tinjauan
- data kuantitatif pengukuran pencapaian pelajar- ujian, penilaian, gred
- maklumbalas daripada (Critical Friend Group)
- literatur ( sorotan kajian )
- description
- sense making
- interpretation
- implication drawing
1. Thomas (2004) dalam Introduction: Evidence and Practise bahawa kajian tindakan akan membuktikan strategi dan kaedah yang dilakukan oleh guru atau pengkaji dan Torrance (2004) dalam buku Using action research to generate knowledge about practice juga menyatakan ia akan menggalakkan guru menggunakan kajian yang dilakukan ke dalam situasi sebenar.
2. Membuat kajian tindakan (menguji sesuatu pendekatan) secara kolaborasi lebih bermakna, ini dinyatakan oleh Kemmis & Mc Taggart (1988) dalam jurnal Collaborative action research to develop the used of solution-focused approaches di mana kebanyakan ahli pengkaji (action researchers) menekankan sesuatu pendekatan perlulah dilakukan secara kolaborasi supaya perubahan yang diinginkan boleh dilihat dalam sesuatu organisasi dan institusi malah kepada pengkaji itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment