BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 10- TUGASAN 1: BUKU

Buku The Reflective Educator's Guide to Classroom Research: learning to teach and teaching to learn through practitioner inquiry memuatkan kajian tentang 100 orang guru yang melakukan kajian tindakan dan penulis menyatakan bagaimana pernyataan masalah dikenalpasti oleh guru-guru apabila:

1. Apabila guru perlu menyelesaikan masalah melibatkan isu dan masalah pendidikan
2. Apabila seseorang guru ingin menguji teknik dan strategi pengajaran
3. Apabila guru ingin mengenalpasti masalah yang terdapat dalam institusi sekolah
4. Apabila guru ingin melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu pendekatan atau teknik
5. Apabila guru ingin melakukan kajian tindakan (melibatkan diri dalam penyelidikan)

walaubagaimanapun 5 elemen yang penting di ambil kira secara serentak apabila ingin melakukan kajian tindakan (untuk pernyataan masalah) mengikut para pengkaji adalah tentang:

  • pelajar/ kanak-kanak (the child)
  • konteks/ skop (the context)
  • isi (the content)
  • gaya pengajaran (the acts of teaching)
  • kepercayaan dan sikap guru itu sendiri (teacher's own beliefs or dispostions)
oleh itu guru-guru (pengkaji) akan berhadapan dan mencari penyelesaian terhadap persoalan:
  1. siapa yang memerlukan skafolding?
  2. bagaimana saya ingin menjadikan isi pengajaran relevan kepada para pelajar?
  3. bagaimana atitud (sikap) dan pengajaran saya mampu mempengaruhi pelajar?

0 comments: