Berdasarkan kursus psikologi/kaedah mengajar/ pentaksiran pembelajaran:
Teori yang diaplikasikan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapai semasa menjalankan kajian tindakan ialah:
- Teori tingkah laku Bandura
- Teori Neurosains
- kaedah pengajaran berpusatkan guru.
- Guru menjelaskan penerangan berbantukan peta minda agar pelajar dapat melihat isi-isi penting dengan lebih jelas.
2. Berpusatkan pelajar
- pelajar membuat peniruan berdasarkan demontrasi yang ditunjukkan oleh guru
- pelajar meningkatkan pemahaman dengan membuat peta minda bagi mengingati fakta-fakta penting.
_________________________________________
APA ITU PEMBELAJARAN?
• Definisi: perubahan yang disebabkan oleh pengalaman
• Jenis-jenis pembelajaran
− Disengajakan(Intentional)
− Tidak disengajakan (Unintentional)
PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF TINGKAH LAKU
• Menekankan kepada perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan
• Pembelajaran dikatakan berlaku bila rangsangan daripada persekitaran menghasilkan perubahan yang agak tekal dan boleh diperhatikan
• Ahli-ahli tingkah laku melihat pembelajaran sebagai perkaitan antara ransangan (stimulus- sesuatu yang memberi kesan kepada deria) dan gerakbalas (response- reaksi kepada rangsangan)
Teori ini mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalamtingkahlaku sepertimana yang dilakukan oleh seseorang di dalam situasi tertentu. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab-akibat atau ransangangerakbalas atau gerakbalas-peneguhan (Amir 1986; Sahakian 1976; Harris 1979).
1. Teori-teori pembelajaran
a. Teori Tingkah Laku
- Bermaksud setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.
b. Teori Pembelajaran Sosial (teori permodelan Bandura)
- Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau permodelan
- Orang diperhatikan sebagai model
- Proses pembelajaran melaui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (Modelling)
- 4 unsur utama di dalam teori Bandura:
a. Perhatian
b. Mengingat
c. Reproduksi
d. Peneguhan/ Motivasi
- jenis-jenis peniruan boleh berlaku secara :
a. Langsung
b. Tak langsung
c. Gabungan
d. Sekat laluan
e. Tak sekat laluan
ciri-ciri teori pemodelan Bandura
i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
iv. Pelajar memperoleh ke1mahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif
MODEL PEMBELAJARAN KOGNITIF
- Pembelajaran dikenali sebagai proses input-proses output.
- Organisma menerima pelbagai jenis rangsangan dari persekitarannya, merekodkannya dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu.
- Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkanya di dalam bahagian otak ingatan jangka pendek.
- Setelah dikodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan jangka panjang.
- Ingatan jangka panjang adalah bahagian otak di mana pengalaman tertentu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman lama untuk memudahkan proses pembelajaran,
- Jika kod adalah betul maka tindak balas adalah tepat dan begitu juga sebaliknya.
Teori Neurosains
- Neurosains merupakan satu bidang kajian mengenai sistem saraf yang ada di dalam otak manusia. Ianya juga mengkaji mengenai kesedaran dan kepekaan otak dari segi asas biologi, persepsi, ingatan dan kaitannya dalam pembelajaran.
- Bagi teori Neurosains, sistem saraf dan otak merupakan asas fizikal bagi proses pembelajaran manusia.
- Neurosains dapat membuat perkaitan di antara pemerhatian terhadap proses kognitif yang berlaku di dalam otak dengan tingkah laku fizikal yang terhasil. Dengan kata lain, setiap maklumat yang diproses oleh otak akan mengaktifkan kawasan-kawasan tertentu.
- Salah satu contoh aplikasi neurosains dalam pembelajaran adalah pengaplikasian peta minda atau peta konsep di mana teori neurosains ini menggambarkan otak sebagai neuron-neuron yang menyerupai 'rhizome' yang bercabang.
- Dalam beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan antara idea utama dengan idea penting yang lain.
- Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.
- Hal ini kerana, otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.
-Kajian juga mendapati bahawa proses pengajaran yang menggunakan peta minda atau peta konsep yang mempunyai imej- imej yang berkaitan adalah lebih berkesan dari penggunaan teks semata - mata.
- Ini dapat dibuktikan menerusi konsep yang dihuraikan di dlam "Dual-core theory" di mana otak akan mengekod imej dahulu dan kemudiannya teks. Pengekodan imej akan menyediakan satu ruangan yang khs untuk pengekodan teks di dalam otak. Apabila ini berlaku, maka proses pengekodan teks akan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pantas.
0 comments:
Post a Comment