BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 9 - Tugasan 4 Mini Kajian Kindakan

TAJUK:

PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN "MINDA PERKASA" DALAM P&P


MATLAMAT KAJIAN

  • daya ingatan dan minat pelajar dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan ditingkatkan melalui penggunaan kaedah Minda Perkasa.


OBJEKTIF KAJIAN

  • untuk mengenalpasti sama ada kaedah pengajaran berbantukan Demonstrasi dan Minda Perkasa dapat meningkatkan daya ingatan dan minat pelajar dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan.
  • bagi menentukan sama ada wujud hubungan dalam pencapaian pelajar dengan bantuan Demonstrasi dan Minda Perkasa.

BENTUK SOALAN KAJIAN

  1. Adakah pelajar dapat meningkatkan minat dan daya ingatan mereka dengan kaedah Demonstrasi dan 'Minda Perkasa'?
  2. Bagaimanakah Demonstrasi dan 'Minda Perkasa' mampu membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian, minat dan juga daya ingatan?











Aktiviti 8- Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

TAJUK:
PENGGUNAAN DEMONSTRASI DAN "MINDA PERKASA" DALAM P&P

Cadangan untuk mengatasi kelemahan:


-Individu
  1. Guru perlu lebih kreatif untuk menarik minat pelajar serta belajar menggunakan Minda Perkasa.
  2. Pelbagaikan bentuk Minda Perkasa
  3. Guru perlu mengajar topik-topik yang kecil supaya penggunaan kaedah ini dapat diaplikasi sepenuhnya walaupun topik yang diajar mempunyai banyak isi kandungan.

-Kumpulan
  1. Penggunaan warna dan gambar dalam kaedah Minda Perkasa
  2. Variasikan bentuk Minda Perkasa: antaranya adalah tambahkan huraian pada isi-isi penting dan juga tidak hanya menggunakan bentuk yang sama sahaja
  3. Pelajar akan membentangkan setiap aktiviti Minda Perkasa yang dibuat. Ini menguji kefahaman, fokus, igatan dan minat pelajar.

-Kumpulan lain

-Dalam setiap minda perkasa, kena ada huraian ringkas.
-Menyarankan pelajar untuk membentangkan "minda perkasa" yang telah dibuat untuk mengujinya.a
-Variasikan bentuk kaedah ini agar lebih kreatif,

aktiviti 7: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

TAJUK:
PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN "MINDA PERKASA" DALAM P&P

KELEMAHAN:

Refleksi individu:
  1. Pelajar yang tidak fokus akan tahu isi penting sahaja- huraian daripada guru tidak diperolehi dengan lengkap
  2. Topik yang besar tidak dapat menggunakan kaedah ini kerana terlalu banyak fakta
  3. Bukan semua pelajar mahir dan minat

Refleksi Kumpulan:
  1. Kaedah ini tidak sesuai untuk topik pengajaran yang terlalu banyak isi kandungan dan fakta-fakta.
  2. Pelajar-pelajar hanya bergantung pada isi-isi penting yang terdapat dalam Minda Perkasa sahaja
  3. Pelajar tidak boleh menghurai isi-isi penting - idea terhad

Refleksi kumpulan lain:

1. pelajar tidak mampu menghuraikan fakta
2. kaedah ini tidak sesuai untuk semua tajuk
3. pelajar terlalu banyak bergantung pada isi penting

aktiviti 6: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN "MINDA PERKASA" DALAM P&P

Kekuatan

Refleksi individu:
  1. Boleh meningkatkan daya ingatan pelajar
  2. Tidak hanya menghafal fakta, teknik pembelajaran kreatif
  3. Pelajar boleh mengaplikasikan di luar kelas- jadikan sebagai nota
  4. Kaedah yang menarik

Refleksi Kumpulan:
  1. Pelajar akan cepat mengingati isi-isi penting
  2. Pelajar juga akan cepat faham kerana pengajaran yang ringkas dan tidak terlau rumit kerana telah dipecahkan kepada bahagian kecil
  3. Minda Perkasa sudah cukup untuk memuatkan fakta-fakta pembelajaran dalam sesuatu topik pembelajaran
  4. Setiap satu isi penting/kata kunci perkataan boleh mewakili banyak huraian dan fakta
  5. Pengajaran guru lebih berstruktur

Refleksi kumpulan lain:

1. pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru.
2. kaedah ini juga membantu para pelajar untuk menghafal dengan senang kerana pemahaman daripada pelajar.
3. pelajar tidak cepat bosan
4. dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 5 : Tujuan Memilih Tajuk Mini Kajian Tindakan

1. Konsep kajian tindakan

Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.


2. Mengapa guru novis perlu buat kajian tindakan??

Guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pengajarannya atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah. Dengan membuat kajian tindakan, guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru kerana melalui kajian untuk memperbaiki diri akan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan mereka.

Bagaimanapun, terdapat 6 kriteria yang dicadangkan kepada guru yang akan membuat kajian tindakan:

i) Tugas utama guru adalah mengajar, oleh itu sebarang kajian tidak sepatutnya mengganggu pengajaran mereka. Dengan itu guru perlu menunjukkan pertimbangan sewajarnya dalam melaksanakan sebarang kajian di dalam bilik darjah.

ii) Kaedah pengumpulan data tidak terlalu menuntut masa guru itu sehingga mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk persediaan dan sebagainya.

iii) Metodologi yang digunakan mesti berkeupayaan membolehkan guru membuat hipotesis dan membangunkan strategi yang boleh digunapakai di dalam bilik darjah.

iv) Guru mestilah komited terhadap fokus kajian yang telah dipilih memandangkanmereka akan menerima banyak tekanan dari segi masa, pihak pentadbiran dan sebagainya, untuk mengekalkan momentum seterusnya menamatkan kajian mereka.

v) Memberi perhatian kepada prosedur etika yang terlibat.

vi) Meluaskan kajian yang dilakukan di dalam bilik darjah ke seluruh sekolah untuk peningkatan pelajar dan juga staf sekolah



sebab-sebab kami memilih tajuk ini:

  1. Menggalakkan fokus dan minat terhadap tajuk yang diajar oleh guru
  2. Pelajar-pelajar akan belajar dengan tujuan supaya mereka lebih minat dan juga untuk memahami dan mengingat
  3. Pelajar akan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa belaja
  4. Menyusun ingatan secara logik
  5. Menilai kembali apa yang dipelajari

Saturday, November 14, 2009

Aktiviti 3 - Pembentangan kolokium (2 kumpulan)

Tajuk 1.
Meningkatkan Memori Pelajar dalam Subjek Pendidikan Islam dengan Menggunakan Kaedah Kata Kunci (Akronim)

kajian tindakan di atas diterima sebagai kajian tindakan kerana :
1. guru menghadapi masalah ketika proses p-p berjalan. melalui pemerhatian, majoriti pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan sukar untuk mengingati isi pengajaran yang di ajar. Pelajar menganggap matapelajaran Pendidikan Islam adalah mudah namun pencapaian ketika peperiksaan tidak memberangsangkan.
2. oleh itu, guru mencari kaedah dan pendekatan yang boleh membantu meningkatkan prestasi dan daya ingatan pelajar.
3. semasa proses p-p, guru mengaplikasikan kaedah kata kunci (akronim)
4. hasil daripada kajian yang dijalankan dapat dilihat bahawa berlakunya peningkatan dalam prestasi dan minat pelajar terhadap matapelajaran PI.


Tajuk 2.
Meningkatkan Kesungguhan dan Ketekunan Belajar Menggunakan Teknik Ganjaran (token) di kalangan Murid Pendidikan Khas SMK Bangsar.

kajian ini diterima sebagai kajian tindakan.
1. bermula apabila guru menghadapi masalah tingkah laku pelajar non-tipikal yang menunjukkan pelakuan agresif, pasif dan masalah emosi semasa proses p-p
2. guru mengaplikasikan alternatif baru bagi memperbaiki tingkah laku tersebut dengan mengaplikasikan teknik ganjaran berbentuk token untuk meningkatkan lagi kesungguhan dan ketekunan murid untuk belajar.
3. hasil daripada kajian menunjukkan pelajar lebih bersemangat dan ingin barsaing antara satu sama lain. tingkah laku negatif juga dapat dikurangkan semasa proses p&p.

Aktiviti 2- Ulasan jurnal

1. PEER OBSERVATION OF TEACHING IN THE ONLINE ENVIRONMENT: AN ACTION RESEARCH APPROACH

BY: D.SWINGLEHURST, J. RUSSELL & T.GREENHALGH

Kajian ini menerangkan tentang kajian tindakan secara kolaboratif untuk membuat
pemantauan pengajaran guru (peer observation of teaching) secara atas talian (online).
kajian ini dijalankan bagi memantau pengajaran guru yang lain dengan tujuan memberi
maklum balas yang membina di dalam proses pengajaran. Selain itu kajian ini dapat
memberi kesan atau faedah kepada kedua-dua pihak kerana masing-masing boleh
memperbaiki amalan pengajaran mereka.


2. THE EFFECTS OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF
STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE
STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE

BY: MARILYN JOSHUA

Kajian tindakan ini mengkaji tentang keberkesanan penggunaan gambar dan prompts
ke atas pelajar daripada kelas Tadika hingga darjah 2. Kajian ini ingin melihat kualiti
penulisan pelajar dan jumlah perkataan yang dapat dibina oleh pelajar berdasarkan kaedah
yang diberikan.


3. THE EFFECTS OF CCOPERATIVES LEARNING ON JUNIOR HIGH SCHOOL
STUDENTS DURING SMALL GROUP LEARNING

BY: ROBYN M. GILLIES

Kajian tentang pelaksanaan pembelajaran koperative pada junior sekolah tinggi yang
mana pembahagian kumpulan yang distruktur dan tidak distruktur. kumpulan adalah
melibatkan 3-4 orang pelajar, lain jantina dan pencapaian manakala kumpulan sebaliknya
adalah ahli kumpulan tidak ditetapkan.
Keputusan menunjukkan kumpulan yang distruktur adalah lebih bekerjasama berbanding
kumpulan satu lagi. persembahan mereka lebih mantap, manakala sikap tolong menolong
dan bantu membantu antara ahli.


4. HELPING STUDENT TO ADD DETAIL AND FLAIR TO THEIR STORIES

BY : POOJA PATEL AND LESLIE LOUD

Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengukur keberkesanan bentuk strategi penulisan
untuk meningkatkan gambaran di dalam cerita yang dihasilkan oleh 3 orang pelajar yang
mempunyai masalah penulisan yang teruk (2 dikenalpasti sebagai masalah pembelajaran
dan 1 masih menjalani penyaringan) di dalam kelas pemulihan.
Strategi penulisan yang digunakan adalah dengan gabungan antara kaedah Self Regulated
Strategy Development (SRSD) dengan kaedan Visualizing dan Verbalizing (V&V).
Keputusan menunjukkan 2 daripada 3 pelajar mengalami peningkatan berdasarkan
kepada pengukuran yang dilakukan seperti panjag, jumlah perkataan, jumlah gambar dan
kualiti keseluruhan penulisan.

Aktiviti 1- Apa Maksud Kajian Tindakan

tajuk buku:

  1. The Reflective Educator's Guide to Classroom Research: Learning to teach and teaching to learn through practioner inquiry 2nd Edition by Nancy Fichtman Dana, Diane Yendol-Hoppey
  2. Doing and Writing Action Research by Jean McNiff and Jack Whitehead
  3. The Action Research Guidebook: A four Step Process For Educators And School Teams by Richard Sagor

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN


Merupakan satu kajian yang dijalankan di sesuatu situasi sosial contohnya di sekolah yang melibatkan 4 proses iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dan dilakukan secara berterusan dengan tujuan sebagai penambahbaikan isu yang dikaji.


Contoh:
Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diiajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan kajian tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding sebelum kajian dijalankan.

Sunday, November 8, 2009

TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

PENGGUNAAN DEMONSTRASI DAN "MINDA PERKASA" DALAM P&P


PESERTA KAJIAN:

18 ORANG PELAJAR DPLI MINOR SAINS
22 ORANG PELAJAR DPLI MAJOR PERDAGANGAN


SETTING KAJIAN:

KELAS MACROTEACHING

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 3- Laporan dan ulasan pembentangan kolokium (2)

Tajuk:
Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah 'verbal repeatation' dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pernyataan masalah:
  1. adakah kaedah ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi.
  2. adakah pelajar ini dapat menguasai sebutan istilah dengan kaedah 'verbal repeatation'
Metodologi:
Perancangan > Tindakan > Pemerhatian > Refleksi
(Model Lingkaran Kammis and Mc Taggart (1988))

Setting kajian:
SMK Dato' Ibrahim Yaakob, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sampel kajian:
19 0rang pelajar bermasalah pendengaran

Pengumpulan dan Penganalisaan data:

pengumpulan data dilakukan melalui 3 cara:
  1. Pemerhatian:- guru-guru memperoleh data apabila melihat perubahan pelajar dari segi kayakinan pelajar untuk berkomunikasi secara lisan dan juga menyebut istilah-istilah yang sukar. Selain itu wujud sikap saling bantu-membantu antara pelajar kerana pelajar yang sudah mampu menguasai perkataan/sebutan tersebut akan menolong rakan-rakan yang masih tidak mampu. Malah pelajar ini juga sudah berani tampil ke depan apabila disuruh oleh guru sewaktu proses p-p.
  2. Temubual:- pelajar-pelajar diadapati sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan seperti p, b, t, d, j, c, g. Ini kerana huruf-huruf ini berfrekuensi tinggi dan tidak dapat didengar oleh mereka yang mengalami masalah pendengaran. Oleh itu, pengulangan dan penetapan lidah pada tempat yang betul akan membantu pelajar menguasai sebutan sekaligus membantu mereka bertutur. Melalui temubual juga, para pelajar menyatakan bahawa mereka seronok diberi pendedahan sedemikian kerana mereka boleh belajar bertutur dan menyebut perkataan yang selama ini sukar disebut.
  3. Teknik Rakaman Video:- setiap perubahan pelajar dianalisis dan menunjukkan perubahan berlaku pada sesetengah pelajar. Pelajar yang pada awalnya seorang yang sangat pasif telah menunjukkan sikap aktif dalam kelas dengan tampil kehadapan apabila disuruh oleh guru.
Implikasi kajian:
  • dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar
  • guru-guru berpeluang membetulkan sebutan dan istilah-istilah yang sukar iaitu melibatkan huruf-huruf konsonan seterusnya membuktikan bahawa pelajar masalah pendengaran juga boleh diajar bertutur.
  • guru-guru ini sudah berjaya menjadikan pelajar yang agak pasif kepada aktif di dalam kelas.
Perolehan daripada kajian ini:
  1. input yang saya perolehi adalah bagaimana pelaksanaan kajian tindakan dilakukan di sekolah. Kajian ini amat penting bagi mencari faktor dan mencari resolusi bagi setiap permasalahan yang timbul.
  2. selain itu, melalui kaedah yang telah dilaksanakan, 'verbal repeatation' merupakan kaedah yang amat membantu pelajar bermasalah pendengaran untuk bertutur kerana pelajar-pelajar ini mampu bertutur jika diajar dan dipupuk dengan cara yang betul dan berterusan.
  3. kajian ini memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih yakin untuk bertutur manakala guru bagi guru pula, kaedah ini akan memudahkan guru memahamkan pelajar dengan sebutan guru yang betul sekaligus membuktikan kajian bahawa mereka yang bermasalah pendengaran boleh diajar bertutur.
rumusan:
Kajian yang dijalankan adalah kajian tindakan kerana menguji keyakinan pelajar dan juga uji fakta yang menyatakan bahawa pelajar bermasalah pendengaran boleh bertutur.

Walaupun mengambil masa dan usaha yang lebih guru-guru mampu membuktikan bahawa pelajar ini lebih berkeyakinan dan mampu untuk bercakap sekiranya diberi latihan, sokongan serta pengulangan.

Kajian ini menunjukkan kajian tindakan memerlukan pengulangan yang berterusan bagi menghasilkan satu keputusan yang memuaskan hati pengkaji.


Friday, November 6, 2009

TUGASAN 3 - Laporan dan ulasan pembentangan kolokium (1)

Tajuk:

Meningkatkan memori pelajar dalam subjek Pendidikan Islam dengan menggunakan Kaedah Kata Kunci (Akronim)

Pernyataan masalah:

  1. pelajar tidak cekap untuk mengingat fakta-fakta dan isi penting dalam subjek Pendidikan Islam.
  2. pelajar sukar untuk mengulangkaji pelajaran untuk menjawab soalan dalam peperiksaan.
  3. pelajar kurang kreatif dan pasif di dalam kelas sewaktu p-p.
  4. tiada minat oleh pelajar untuk belajar Pendidikan Agama Islam.
Metodologi:
Mengenalpasti masalah > Tindakan > Melaksanakan > Refleksi

Sampel kajian:
77 orang pelajar

Setting kajian:
dijalankan di Sekolah Menengah Agama Sungai Merab Luar, Sepang

Pengumpulan dan Analisis Data
-Melalui 3 cara:
  1. Pemerhatian
  • guru-guru mencatat secara langsung setiap pemerhatian yang dilakukan apabila selesai sahaja waktu p-p
2. Temubual
  • guru melakukan secara tidak berstruktur di mana soalan tidak disediakan secara formal. hasil dari temubual ini segala maklumat yang diperoleh daripada pelajar akan dicatat untuk proses seterusnya iaitu analisis data.
3. Penilaian formatif
  • penilaian ini dilakukan pada akhir sesi p-p, di mana ia berbentuk kuiz, permainan dan soal jawab secara bertulis dan lisan
Implikasi kajian
  • guru-guru dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk belajar subjek Pendidikan Agama Islam.
  • pelajar juga lebih mudah untuk mengingati dan menghafal setiap topik yang diajar oleh guru.
  • pelajar menjadi lebih seronok sewaktu pembelajaran di dalam kelas malah guru-guru juga dapat mengajar dengan senang kerana pelajar sudah dididik dan dilatih serta diberi kebebasan untuk mencipta kaedah ingatan sendiri.
Perolehan daripada kajian:

Kaedah ini menghasilkan kaedah yamg harmonis bagi membantu para pelajar meningkatkan memori ingatan mereka. Ini adalah kebanyakan pelajar pasif untuk menjawab soalan guru di akhir pengajaran.
oleh sebab itu, dibuktikan bahawa akronim dapat membantu pelajar untuk mengingati Fakta-fakta seperti Rukun Islam dan Iman. Pelajar ini sudah mampu mencipta ayat-ayat pendek menggunakan awalan huruf setiap perkataan yang terlibat. Pelbagai ayat-ayat menarik dicipta oleh pelajar untuk dihafali.
Justeru, pelajar seharusnya dibimbing untuk belajar sesuatu yang membantu dan meningkatkan tahap penguasaan mereka dan guru bertanggungjawab untuk itu.

rumusan:
Kajian yang dijalankan adalah kajian tindakan kerana ia cuba meningkatkan perubahan sikap seseorang pelajar terhadap sesuatu matapelajaran (PI) dan juga penambahbaikan dilakukan kepada kaedah yang sedia ada.

Berdasarkan perolehan dan keputusan, kaedah ini telah menunjukkan perubahan kepada pelajar terhadap matapelajaran PI. Pelajar menjadi seronok untuk belajar kerana mereka lebih bebas untuk menghafal dengan mencipta ayat sendiri untuk hafalan.

Pelbagai aktiviti kelas juga (melibatkan pelajar) menyebabkan pelajar tidak bosan dan menyangkal pendapat bahawa subjek PI membosankan.

Dengan demikian kajian tentang kaedah Akronim ini membuktikan pelajar lebih seronok untuk belajar dan lebih teruja untuk menghafal kerana mereka bebas mencipta ayat sendiri.

Thursday, November 5, 2009

TUGASAN 2- Ulasan 3 Jurnal

Tajuk jurnal 1:
The Effects of Cooperative Learning on Junior High School Students during Small Group Learning.
by: Robyn M.Gillies (School of Education. The University of Queensland, Brisbane 4072,
Australia)

Kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik adalah mengenai kesan pembelajaran koperatif pelajar-pelajar yang sekolah menengah rendah di Australia yang distruktur dan tidak distruktur. 223 orang pelajar terlibat dalam kajian ini dan setiap kumpulan diletakkan 3-4 pelajar, berlainan jantina dan juga tahap pencapaian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang diletakkan dalam kumpulan yang distruktur adalah lebih menunjukkan semangat untuk bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberi dan mereka lebih saling bantu-membantu antara satu sama lain berbanding dengan rakan-rakan di dalam kumpulan yang tidak disturuktur. Tambahan pula, pelajar yang telah distruktur mempunyai lebih tanggungjawab untuk bekerjasama , mereka lebih menonjolkan semangat kesepaduan dan tanggungjawab sosial dalam pembelajaran masing-masing berbanding kumpulan yang sebaliknya.

Pernyataan masalah
1. pelajar-pelajar tidak menunjukkan sikap kerjasama dan pengaliran pendapat sewaktu proses p-p.
2. menguji kaedah pembelajaran koperatif pada pelajar di sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sampel kajian dan Setting kajian adalah:
Pelajar sejumlah : 223 orang
Setting kajian : High school di Brisbane, Autralia.

Walaubagaimanapun, ketidakhadiran pelajar sebagai sampel menyebabkan data yang diambil adalah berjumlah 147 orang sahaja.

Methodology:
1. Participant
2. Komitmen terhadap pembelajaran koperatif di sekolah
3. Aktiviti kumpulan
4. Penilaian
- pemerhatian kumpulan
- soal jawab Matematik
- apa yang terjadi kepada kumpulan yang

5. Prosedur
6. keputusan

Prosedur kajian dilakukan:

Penyelidik berjumpa dahulu dengan mereka yang terlibat untuk prosedur kajian. Ini dilakukan adalah untuk memberitahu nilai seperti nilai kerjasama dalam kumpulan, kumpulan kecil di dalam kelas bagi memastikan setiap orang menjalankan aktiviti.

Selain itu rakaman juga telah adalah untuk pemerhatian, sewaktu peralihan atau rotation aktiviti Matematik, penyelidik akan mencari setiap perubahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.


Pengumpulan data adalah melalui pemerhatian dan juga rakaman, selain itu penganalisaan data adalah menggunakan perisian MANOVA bagi mengukur kumpulan berstruktur dan tidak berstruktur. Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk kualitatif.

Perolehan kajian:
Melalui kajian ini kita dapat melihat cara pembelajaran dan pengajaran pelajar di luar negara, namun apa yang menyeronokkan pelajar teramat gembira apabila didedahkan dengan kaedah pembelajaran koperatif. Pelajar dapat berkongsi idea yang ada malah setiap pelajar bijak menggunakan kebijaksanaan dan tanggungjawab masing-masing. Pelajar-pelajar ini memberikan kerjasama yang tinggi apabila distruktur.
2
Tajuk jurnal 2:
Collaborative Action Research to Develope the Use of Solution-focused Approaches.
by: Jo Simm and Rachel Ingram (Cumbria Country Psycological Service, Kendal, UK)

Ia adalah kajian tindakan yang dijalankan secara kolaborasi antara 2 orang ahli psikologi pendidikan yang bekerjasama dengan beberapa orang guru di 4 buah sekolah rendah. Membicarakan kajian tindakan mengenai fokus pendekatan berfokuskan penyelesaian. Teknik yang digunakan adalah temubual dan kerjasama dengan pelajar, guru, mesyuarat, kerja dalam kumpulan dan latihan.

Pernyataan masalah
Kajian ini dijalankan apabila terdapat permintaan daripada sekolah yang terlibat iaitu menumpukan terhadap penyelesaian berbanding masalah. Ianya untuk menguji dan meningkatkan kecekapan manusia dalam menghasilkan penyelesain.

Sampel dan Setting kajian
sampel: 130 pelajar sekolah rendah
setting kajian: 4 buah sekolah


Metodologi
Menggunakan model Carr & Kemmis, 1986 iaitu kitaran:

  1. planning
  2. acting
  3. observing
  4. reflective
kajian ini dilakukan secara kolaborasi. Kemmis and Mc Taggart, 1988 menyatakan bahawa kebanyakan pengkaji tindakan menekankan pendekatan secara kolaborasi.
Kajian ini mensasarkan sebanyak mungkin guru untuk terlibat dalam kajian ini bagi mengembangkan
pendekatan solution-focused.

Prosedur kajian dijalankan:
  • temubual dijalankan selama 30 minit dan dirakam menggunakan tape-recoder melibatkan guru dan pelajar.
  • rekod penulisan daripada rakaman
Perolehan kajian
Kajian menunjukkan keputusan yang positif daripada setiap peserta. Semua sampel menunjukkan bahawa pendekatan kajian tindakan adalah lebih efektif dalam merubah sesuatu amalan. Kajian juga menunjukkan kajian pendekatan berfokuskan penyelesaian adalah kajian yang bersifat positif dan menambahbaik sesuatu.

tajuk jurnal:
Impact of An Action Research Instructional Model: Students Teachers as Reflective Thinkers.
by: Alcione N.Ostorga, Veronica Lopez Estrada (University of Texas-Pan America

Kajian ini telah membina satu model pengajaran untuk pelajar yang berjurusan perguruan sebelum tamat pengajian mereka, dalam usaha memperkenalkan pemikiran ktitikal-reflektif kepada bakal guru. Dijalankan di sebuah unversity di selatan Texas dengan 87% populasi pelajar berketurunan Mexico. Kajian ini berkembang melalui pendekatan satu kajian tindakan untuk membentuk model pengajaran yang mana melalui 3 semester. Oleh itu melalui analisis yang dibuat, penyelesaian ditemui di mana guru perlu mempunyai pemikiran kritikal-reflektif. Rearick (1997) menyatakan bahawa satu strategi memperkenalkan pemikiran kritikal-reflektif adalah dengan melakukan kajian tindakan dalam sesi pengajaran. Kajian ini memberi implikasi kepada pembelajaran dan latihan dalam bidang pendidikan (sebagai guru) kepada pelajar perguruan.

Pernyataan masalah
  1. Adakah bakal guru perlu pemikiran kritikal-reflektif?
  2. Menghasilkan kajian ke atas latihan yang terbaik untuk mewujudkan kaedah pengajaran paling efektif yang mampu memaksimumkan pembelajaran.
Sampel dan Setting kajian
Sampel kajian adalah:
87% pelajar (undergraduate) berketurunan Mexico

Setting kajian adalah:
di sebuah University komprehensif bersaiz sederhana di selatan Texas

Methodology
Menggunakan kitaran kajian tindakan daripada Johnson (2002) untuk mengkaji pengajaran kajian tindakan pada pelajar perguruan yang belum bergraduasi.

Analisis data
3 kitaran dilakukan dengan 3 kali pengulangan:
  1. bahagian pertama melibatkan kombinasi pelajar perguruan daripada high schoo, middle school dan semua program
  2. kupulan kedua adalah pelajar perguruan (freshie)
  3. cross-case comparison
Perolehan Kajian
Dengan memperkenalkan kaedah pemikiran kritikal-reflektif pada kalangan pelajar perguruan maka penulis telah membantu golongan pelajar ini untuk menghadapi situasi sebenar sewaktu praktikum atau pun mengajar. Sekiranya pelajar-pelajar ini menjadikan budaya melakukan kajian tindakan dan membiasakan kajian tindakan, setiap keputusan akan mencetuskan kecerdasan dan kepintaran pelajar dan juga perkembangan emosi pelajar.

Perbezaan ketiga-tiga jurnal:
1. Melakukan kajian tindakan menggunakan kaedah kolaborasi dan sendirian.
2. Melakukan kajian ke atas sasaran kumpulan

Persamaan ketiga-tiga jurnal:
1. Dijalankan untuk mencari satu teknik dan kaedah pengajaran
2. Untuk menambahbaikan kaedah yang sedia ada
3. Dijalankan kepada kumpulan pelajar

Sokongan:
Melakukan kajian tindakan secara kolaborasi adalah menguntungkan, Habbard & Power (1999) dalam buku The Art of Classroom Inquiry: a handbook for teacher researchers menyatakan kebanyakan guru penyelidik bergantung kepada pasangan yang melakukan kajian yang sama. Ini membawa maksud guru tersebut boleh berkongsi idea dan pendapat.



TUGASAN 1- Ulasan Buku

Tajuk: The Reflective Educator's Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to learn Through Practioner Inquiry

Penulis: Nancy Fitchman Dana and Diane Yendol-Hopey


APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

kajian tindakan menurut buku ini adalah satu kajian yang dijalankan oleh guru sebagai alat/medium yang yang mana digunakan untuk membincangkan satu perubahan atu penambahbaikan mengenai pendidikan dan juga berkaitan profesion perguruan itu sendiri.
Di dalam buku ini juga seorang teacher researcher, Joan Thate (2007) mendedahkan bahawa kajian tindakan adalah menyeronokkan kerana ia membenarkan kita mencuba sendiri sesuatu idea baru di dalam dunia sebenar, pada waktu tersebut ia menggambarkan kesahihan kajian yang telah pun kita lakukan.
Guru yang menjalankan kajian tindakan adalah berbeza dengan guru yang tidak melakukan kajian kerana guru sebagai pengkaji akan sentiasa memerhati dan memikirkan idea untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna untuk pelajar-pelajar mereka. Guru pengkaji juga akan sentiasa peka terhadap setiap perkara yang berlaku sama ada kepada pelajar ataupun persekitaran mereka malah guru-guru ini akan mencari penyelesaian sendiri terhadap permasalahan yang ditemui dan melibatkan kaedah yang berterusan melibatkan refleksi dan tindakan.


MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

Guru pengkaji adalah guru yang mencari masalah dan juga pada masa yang sama mencari sendiri jawapan kepada permasalahan tersebut.
Penulis menceritakan guru pelatih merasakan kesukaran ("felt-difficulties") sewaktu mula-mula mengajar dan juga sewaktu ingin melakukan kajian tindakan.
Hasil daripada kutipan data daripada 100 inkuiri oleh guru, beliau menyatakan bahawa kajian tindakan dijalankan dengan 8 sebab.

  • keinginan seseorang guru untuk membantu seorang individu kanak-kanak
  • keinginan untuk meningkatkan atau mengayakan kurikulum
  • ingin menumpukan dan membantu perkembangan isi pengetahuan pelajar
  • keinginan guru untuk mencuba strategi dan teknik pengajaran
  • kesungguhan guru untuk meneroka perkaitan antara kepercayaan sendiri dan latihan di dalam kelas (praktikal)
  • perbezaan antara peribadi dan profesional keguruan
  • menyokong keadilan sosial- guru membantu pelajar dengan mempengaruhi perubahan positif kepada diri pelajar
  • kesungguhan guru membantu pelajar dengan memberi tumpuan kepada konteks pengajaran dan pembelajaran
BILA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

1. Apabila guru perlu menyelesaikan masalah melibatkan isu dan masalah pendidikan
2. Apabila seseorang guru ingin menguji teknik dan strategi pengajaran
3. Apabila guru ingin mengenalpasti masalah yang terdapat dalam institusi sekolah
4. Apabila guru ingin melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu pendekatan atau teknik
5. Apabila guru ingin melakukan kajian tindakan (melibatkan diri dalam penyelidikan)

DIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
Buku ini adalah hasil inkuiri daripada 100 orang guru maka kajian dijalankan sepenuhnya di sekolah (dalam bilik darjah) sama ada sekolah tadika, rendah dan juga sekolah menengah.

BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DIJALANKAN?
Menceritakan kaedah kolaborasi iaitu melibatkan lebih daripada satu orang guru (penyelidik) untuk menjalankan satu kajian tindakan. Terdapat 4 struktur kolaborasi yang dinyatakan iaitu:
  1. Penyelidikan (inkuiri) secara perkongsian
  2. Penyelidikan selari
  3. Penyelidikan secara persilangan
  4. Penyelidikan menggunakan sokongan
Terdapat 12 strategi pengumpulan data dilakukan iaitu:
  1. catatan lapangan- skrip, mencatat setiap aktiviti pelajar( cth: setiap 2 minit), merekod setiap soalan yang ditanya (pada kertas)
  2. dokumen/ artifak/ aktiviti pelajar- semua yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh guru cth: manual pengajaran, kerja rumah pelajar, maklumat pelajar dsb.
  3. temuramah
  4. kumpulan pelajar- aktiviti dan idea
  5. gambar digital
  6. video
  7. web blogs
  8. jurnal reflektif
  9. tinjauan
  10. data kuantitatif pengukuran pencapaian pelajar- ujian, penilaian, gred
  11. maklumbalas daripada (Critical Friend Group)
  12. literatur ( sorotan kajian )
Penulis mengandaikan bahawa penganalisaan data adalah hampir kepada pelangkap sebuah kajian tindakan. 4 langkah digunakan untuk menganalisa data yang telah dikumpul:
  1. description
  2. sense making
  3. interpretation
  4. implication drawing
sokongan:
1. Thomas (2004) dalam Introduction: Evidence and Practise bahawa kajian tindakan akan membuktikan strategi dan kaedah yang dilakukan oleh guru atau pengkaji dan Torrance (2004) dalam buku Using action research to generate knowledge about practice juga menyatakan ia akan menggalakkan guru menggunakan kajian yang dilakukan ke dalam situasi sebenar.

2. Membuat kajian tindakan (menguji sesuatu pendekatan) secara kolaborasi lebih bermakna, ini dinyatakan oleh Kemmis & Mc Taggart (1988) dalam jurnal Collaborative action research to develop the used of solution-focused approaches di mana kebanyakan ahli pengkaji (action researchers) menekankan sesuatu pendekatan perlulah dilakukan secara kolaborasi supaya perubahan yang diinginkan boleh dilihat dalam sesuatu organisasi dan institusi malah kepada pengkaji itu sendiri.