1. Konsep kajian tindakan
Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.
2. Mengapa guru novis perlu buat kajian tindakan??
Guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pengajarannya atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah. Dengan membuat kajian tindakan, guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru kerana melalui kajian untuk memperbaiki diri akan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan mereka.
Bagaimanapun, terdapat 6 kriteria yang dicadangkan kepada guru yang akan membuat kajian tindakan:
i) Tugas utama guru adalah mengajar, oleh itu sebarang kajian tidak sepatutnya mengganggu pengajaran mereka. Dengan itu guru perlu menunjukkan pertimbangan sewajarnya dalam melaksanakan sebarang kajian di dalam bilik darjah.
ii) Kaedah pengumpulan data tidak terlalu menuntut masa guru itu sehingga mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk persediaan dan sebagainya.
iii) Metodologi yang digunakan mesti berkeupayaan membolehkan guru membuat hipotesis dan membangunkan strategi yang boleh digunapakai di dalam bilik darjah.
iv) Guru mestilah komited terhadap fokus kajian yang telah dipilih memandangkanmereka akan menerima banyak tekanan dari segi masa, pihak pentadbiran dan sebagainya, untuk mengekalkan momentum seterusnya menamatkan kajian mereka.
v) Memberi perhatian kepada prosedur etika yang terlibat.
sebab-sebab kami memilih tajuk ini:
- Menggalakkan fokus dan minat terhadap tajuk yang diajar oleh guru
- Pelajar-pelajar akan belajar dengan tujuan supaya mereka lebih minat dan juga untuk memahami dan mengingat
- Pelajar akan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa belaja
- Menyusun ingatan secara logik
- Menilai kembali apa yang dipelajari
0 comments:
Post a Comment