Tajuk:
Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah 'verbal repeatation' dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pernyataan masalah:
Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah 'verbal repeatation' dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pernyataan masalah:
- adakah kaedah ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi.
- adakah pelajar ini dapat menguasai sebutan istilah dengan kaedah 'verbal repeatation'
Metodologi:
Perancangan > Tindakan > Pemerhatian > Refleksi
(Model Lingkaran Kammis and Mc Taggart (1988))
Setting kajian:
SMK Dato' Ibrahim Yaakob, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Sampel kajian:
19 0rang pelajar bermasalah pendengaran
Pengumpulan dan Penganalisaan data:
pengumpulan data dilakukan melalui 3 cara:
Perancangan > Tindakan > Pemerhatian > Refleksi
(Model Lingkaran Kammis and Mc Taggart (1988))
Setting kajian:
SMK Dato' Ibrahim Yaakob, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Sampel kajian:
19 0rang pelajar bermasalah pendengaran
Pengumpulan dan Penganalisaan data:
pengumpulan data dilakukan melalui 3 cara:
- Pemerhatian:- guru-guru memperoleh data apabila melihat perubahan pelajar dari segi kayakinan pelajar untuk berkomunikasi secara lisan dan juga menyebut istilah-istilah yang sukar. Selain itu wujud sikap saling bantu-membantu antara pelajar kerana pelajar yang sudah mampu menguasai perkataan/sebutan tersebut akan menolong rakan-rakan yang masih tidak mampu. Malah pelajar ini juga sudah berani tampil ke depan apabila disuruh oleh guru sewaktu proses p-p.
- Temubual:- pelajar-pelajar diadapati sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan seperti p, b, t, d, j, c, g. Ini kerana huruf-huruf ini berfrekuensi tinggi dan tidak dapat didengar oleh mereka yang mengalami masalah pendengaran. Oleh itu, pengulangan dan penetapan lidah pada tempat yang betul akan membantu pelajar menguasai sebutan sekaligus membantu mereka bertutur. Melalui temubual juga, para pelajar menyatakan bahawa mereka seronok diberi pendedahan sedemikian kerana mereka boleh belajar bertutur dan menyebut perkataan yang selama ini sukar disebut.
- Teknik Rakaman Video:- setiap perubahan pelajar dianalisis dan menunjukkan perubahan berlaku pada sesetengah pelajar. Pelajar yang pada awalnya seorang yang sangat pasif telah menunjukkan sikap aktif dalam kelas dengan tampil kehadapan apabila disuruh oleh guru.
Implikasi kajian:
- dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar
- guru-guru berpeluang membetulkan sebutan dan istilah-istilah yang sukar iaitu melibatkan huruf-huruf konsonan seterusnya membuktikan bahawa pelajar masalah pendengaran juga boleh diajar bertutur.
- guru-guru ini sudah berjaya menjadikan pelajar yang agak pasif kepada aktif di dalam kelas.
Perolehan daripada kajian ini:
- input yang saya perolehi adalah bagaimana pelaksanaan kajian tindakan dilakukan di sekolah. Kajian ini amat penting bagi mencari faktor dan mencari resolusi bagi setiap permasalahan yang timbul.
- selain itu, melalui kaedah yang telah dilaksanakan, 'verbal repeatation' merupakan kaedah yang amat membantu pelajar bermasalah pendengaran untuk bertutur kerana pelajar-pelajar ini mampu bertutur jika diajar dan dipupuk dengan cara yang betul dan berterusan.
- kajian ini memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih yakin untuk bertutur manakala guru bagi guru pula, kaedah ini akan memudahkan guru memahamkan pelajar dengan sebutan guru yang betul sekaligus membuktikan kajian bahawa mereka yang bermasalah pendengaran boleh diajar bertutur.
Kajian yang dijalankan adalah kajian tindakan kerana menguji keyakinan pelajar dan juga uji fakta yang menyatakan bahawa pelajar bermasalah pendengaran boleh bertutur.
Walaupun mengambil masa dan usaha yang lebih guru-guru mampu membuktikan bahawa pelajar ini lebih berkeyakinan dan mampu untuk bercakap sekiranya diberi latihan, sokongan serta pengulangan.
Kajian ini menunjukkan kajian tindakan memerlukan pengulangan yang berterusan bagi menghasilkan satu keputusan yang memuaskan hati pengkaji.
0 comments:
Post a Comment